Sunday 15 July 2012

Rumah belum siap pahat berbunyi juga

Petang tadi kami bersidang secara tidak sengaja kerana ada berberapa perkara yang kami perlu selesaikan sebelum mendaftarkan pertubuhan ini. Ada berberapa nama AJK dan ahli mesyuarat penaja yang belum menyerahkan no kad pengenalan mereka. Kebetulan muncul Abang Wat Backhoe ( Irahman Mohd ) lalu di hadapan kami. Kami memanggilnya sebentar untuk mendapakan no kad pengenalannya. Belum pun kami mengeluarkan patah perkataan, Abang Wat bertanya "Hah! sapa nak sabotaj?" Soalannya membuatkan kami ketawa.

"Sapa nak sabotaj Persatuan ni mari sini kawan nak basuh dia" Jerkah Abang Wat. Saya berkata pada Abang Wat. Tak dengar cerita pun ada orang nak sabotaj cuma ada berberapa cerita yang tak sedap didengar. Ada yang terasa hati kerana tak dijemput menghadiri mesyuarat malam itu. keterangan saya ini membuatkan Abang Wat sedikit tenang. Katanya masyarakat disini tidak berapa faham terhadap undang-undang penubuhan persatuan. Jangan kata anak-anak muda yang belum ada pengalaman dalam pertubuhan malah anak muda yang memegang jawatan dalam persatuan juga kurang mahir dalam undang-undang persatuan. Ini katanya menyebabkan timbul salah faham dan pelbagai cerita yang ditokok tambah ibarat Ajinomoto atau Perencah cukup rasa Maggie. Jadi masalah sedikit terhadap AJK untuk menerangkan hal yang sebenar. Memang benar kata orang perkara yang tak betul ni cepat benar tersebar, benda yang baik pula 3-4 orang je yang nak dengar. 

Memang benar kata Abang Wat, Jengka 13 sudah terlalu lama ketinggalan. Bak katanya, di Jengka lain sudah ada gelanggang Paint Ball dan Gelanggang Petanque tetapi kita baru nak ada gelanggang Futsal. Itu pun belum sempurna dengan tidak mempunyai lampu dan belum dibuat majlis penyerahan lagi. Katanya utamakan dulu kepentingan generasi kedua contohnya masalah penempatan generasi kedua yang cukup meruncing. Ini perkara yang sangat serius namun tidak ada sebarang usaha ke arah ini. Insya'allah GENKO13 akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini walaupun menempuh halangan...

wasallam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...