Wednesday 1 May 2013

Gotong royong membersihkan kubur

Rasulullah S.A.W bersabda : "Dahulu aku pernah melarang kalian berziarah kubur, kini berziarahlah, agar ziarah kubur itu mengingatkanmu untuk berbuat kebajikan." (Hadith Riwayat Ahmad) 

Terima kasih kepada semua yang terlibat telah menjayakan program gotong royong membersihkan persekitaran kawasan perkuburan Jengka 13 pada 17 Mac 2013. Gotong royong yang di anjurkan oleh Pertubuhan GENKO bertujuan memupuk rasa tanggungjawab dan menginsafi diri dikalangan ahli. Tidak kira apa fahaman dan ideologi, kubur adalah destinasi terakhir yang kita akan lalui sebelum ke alam akhirat. Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita membersihkan kawasan yang bakal kita diami nanti.

Menziarahi dan membersihkan kubur merupakan ibadah dan ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa. Menziarahi kubur juga menginsafkan tentang kematian, mengingatkan supaya membuat persediaan bila tiba saatnya. 



En Rusli Nordin sedang meracun rumput

En Hanafi Kamarudin menunjukkan cara-cara membetulkan kepuk pusara yang senget

Waktu berehat. Minuman disumbangkan oleh En Ridwan Ahmad.

Khidmat pengankutan disumbangkan oleh En Ali Hanafiah


Selamat pulang para pengundi di perantauan


kepada pengundi yang bakal pulang mengundi pada 5 Mei ini, kami ingin menasihatkan agar berhati-hati di Jalanraya. Jangan terburu -buru, ikutilah peraturan Jalanraya. Malang tidak mengenal mangsa mahupun parti mana yg anda sokong.

Sebelum membuat keputusan calon manakah yang hendak dipangkah, pastikan mendapat maklumat yang tepat demi masa depan dan kemajuan kampung Jengka 13. Risik-risiklah dengan Pengerusi dan AJK Pertubuhan Generasi kedua ini moga-moga boleh dijadikan panduan. Ingat, undi anda sangat penting untuk memastikan generasi kedua di Jengka terbela.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...