Tuesday 11 December 2012

Generasi kedua perlu rumah sendiri




LANGKAWI 29 Sept. - Felda akan membina rumah pasang siap sebagai rumah mampu milik untuk generasi kedua kerana langkah itu lebih cepat dan murah. Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Samad berkata, rumah tersebut mempunyai beberapa model dan pihaknya akan memilih model yang sesuai berdasarkan keluasan tanah.
''Paling lewat kita boleh laksana Januari tahun depan dan kita juga mampu bina lebih 4,000 unit setahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ketiga Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di sini malam tadi.
Beliau berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 40,000 generasi kedua Felda yang telah berkeluarga dan tidak berminat keluar dari tanah rancangan serta masih menumpang di rumah ibu bapa.Beliau mengulas Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen semalam.
Menerusi belanjawan itu, Felda antara lain diberi tanggungjawab membina 20,000 unit rumah untuk generasi baharu dalam tempoh lima tahun dan diperuntuk RM60 juta bagi membaiki rumah tradisi di bawah program "Kasih Felda".Mengenai program "Kasih Felda", Mohd. Isa berkata, sebanyak 100 unit rumah telah siap diperbaiki dan lebih 600 lagi dalam proses untuk dilaksanakan.
Katanya, Felda membelanjakan lebih RM650 juta kepada peneroka menerusi pinjaman sehingga RM40,000 masing-masing, bagi membina atau membaiki rumah.Mohd. Isa juga yakin Felda berupaya melaksanakan tanggungjawab yang diberi kerajaan menerusi Bajet 2013.
Ya, itu petikan berita 3 bulan yang lalu. Pada mulanya saya rasa amat berbangga kerana keperihatinan YAB Perdana Menteri terhadap masalah generasi kedua Felda berkaitan isu penempatan. Setelah berberapa bulan dari tarikh pengumuman, saya terfikir secepat manakah kami dapat lihat kontraktor mula masuk ke Jengka 13 untuk meratakan kawasan yang telah atau akan di gazet kan untuk tapak perumahan generasi kedua di sini. Dengan tempoh yang diberikan iaitu dalam masa 5 tahun untuk siap sepenuhnya, saya fikir ianya terlalu lama untuk anak-anak generasi kedua Felda disini menunggu. 
Sejak berberapa bulan yang lalu, dirumah saya terdapat berberapa borang kononya bancian untuk perumahan generasi baru. Akan tetapi jika dilihat kepada borang bancian itu, tidak ada langsung mencatatkan untuk tujuan projek perumahan generasi kedua felda. Di manakah hilangnya borang-borang bancian yang lepas-lepas. Adakah dengan mengedarkan borang ini akan meredakan pertanyaan kami buat seketika. 

T shirt GENKO

kepada ahli yang masih belum membuat pembayaran silalah berbuat demikian dengan kadar segera. Kepada yang sudah membuat tempahan dan pembayaran, sila pastikan anda telah memberi ukuran baju anda kepada   AJK Genko.

Special order : Berkolar Harga Ahli RM29.00 




Saturday 24 November 2012

Karnival Usahawan Jengka 2012

Kejayaan GENKO menjadi penganjur bersama pada Karnival Usahawan Jengka sempena Sukan Warga Felda 2012 menjadi platform untuk pertubuhan ini berkembang dan mampu membawa peluang-peluang menjana ekonomi kepada anak-anak Warga Jengka khususnya Warga Generasi baru Felda Jengka 13. Pengerusi GENKO saudara Arman Bin Kamaruzaman memberitahu demikian ketika dihubungi semasa upacara penutup Sukan Warga Felda yang berlangsung di Stadium Mini Bandar Tun Abdul Razak Jengka. Karnival yang berlangsung selama dua hari itu turut dihadiri oleh Adun Jengka Wan Salman dan juga Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka Saari Din serta Pengerusi Persatuan Usahawan Felda Saudara Hisyam.

Jemputan kenamaan menyaksikan perbarisan Kontinjen dari setiap wilayah jengka


Adun Jengka menerima cenderamata dari Persatuan Usahawan Felda Jengka yang disampaikan oleh En Saari Din Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka diiringi oleh Pengerusi Persatuan Usahawan Felda Jengka En Hisyam


Monday 29 October 2012

Kampung Tanpa Wayar (tanpa Internet)



Apa sebenarnya terjadi pada program Kampung tanpa wayar di jengka 13? Jika dilihat dari papan tanda KTW jelas sekali kita seperti tidak ketinggalan menerima faedah hasil dari transformasi cetusan YB Perdana Menteri.Namun sehingga kini ia seakan akan hanya sebuah replika kerana sentiasa rosak dan tidak dapat di akses penggunaannya. masalah ini telah diajukan kepada pegawai bertugas namun tiada sebarang maklum balas setakat ini.


Boleh la kita gelarkan Kampung Tanpa Wayar (tanpa akses internet)

Isu tebang pokok belum selesai


Setiap hari kami dihujani pertanyaan tentang status projek pertanian berkelompok di tapak tanah ber geran milik Felda. Rata-rata mempersoalkan mengapa projek itu seakan terbengkalai setelah berberapa batang pokok ditebang dan dibiarkan begitu sahaja.Tengahari tadi seorang yang berpengaruh dan mempunyai jawatan dalam JKKKR juga menemui kami dan bertanya hal yang sama.Kepada yang tidak mengetahui hal yang sebenarnya biarlah kami menerangkan hal yang sebenar agar tidak ada lagi persoalan dan salah sangka dari penduduk kampung dan juga generasi kedua yang lain.

Kertas kerja untuk mengusahakan tanah terbiar telah kami usulkan kepada Pengurus Felda Jengka 13 iaitu En. Zulkifli Bin Mustaffa dan telah mendapat maklum balas yang positif. Dengan kejayaan projek berkenaan nanti dapatlah kita melihat persekitaran yang dahulunya semak samun kini akan di hijaukan dengan pelabagai tanaman jangka pendek yang diusahakan oleh generasi kedua yang komited dan mempunyai semangat untuk menjadikan pertanian sebagai pendapatan sampingan. Hasil kejayaan dari projek ini juga dapat menaikan rating kampung ini dari tempat yang corot ke tempat yang lebih baik. Ya, kita kena akui Jengka 13 adalah tempat yang tercorot dari segi rating rancangan Felda kalau tidak dalam negara, sekurang-kurangnya tercorot di negeri Pahang ini. 

Setelah mendapat lampu hijau dari pengurus Felda Jengka 13, kami memulakan projek ini dengan menebang berberapa pokok yang mempunyai potensi untuk membantutkan tanaman yang bakal diusahakan nanti. Pokok-pokok yang telah ditebang sebenarnya tidak mempunyai nilai untuk disimpan lagi seperti rambutan dan mempelam yang selama ini tidak larat dimakan lagi. Tiada siapa peduli, hanya semak dan menjadi sarang nyamuk aedes dan ular sawa.

Pada tengahari itu berlaku kekecohan apabila tuan punya pokok memarahi kami mengapa kami tebang pokok-pokok tersebut tanpa memberitahu beliau. Kami terkejut kerana apa yang kami difahamkan oleh pengurus, semua tuan pokok telah diberi notis bahawa pihak felda akan mengambil balik tanah tersebut untuk dibangunkan dengan projek pertanian jangka pendek.Kekecohan ini membuatkan kami terpaksa menghentikan sementara kerja-kerja menerangkan tapak projek sehingga kini.

Kami telah berbincang dengan Pengurus Rancangan dan beliau sendiri mengakui ada berlaku salah faham dan kesilapan komunikasi antara pegawai beliau dan tuan punya pokok. Akibat dari kes yang berlaku, kerja-kerja pembersihan masih lagi tidak dapat dijalankan kerana kami masih menunggu jawapan bertulis dari Pengurus Rancangan iaitu En. Zul samada membenarkan atau tidak untuk kami meneruskan projek ini. Sehingga tarikh artikel ini ditulis, kami telah menunggu lebih dua minggu namun masih tidak mendapat jawapan bertulis dari pihak berkuasa.

Apa yang amat kami kesali, ada berberapa individu belia yang bertepuk tangan kerana kami gagal mendapat kebenaran untuk meneruskan projek berkenaan. Sepatutnya mereka yang juga dari kalangan generasi kedua felda sama-sama menyokong usaha yang murni ini demi masa depan dan nasib generasi kedua di jengka 13 ini.

Saturday 8 September 2012

Jawatan kosong Felda


Warga generasi Felda yang berkelayakan sila layari www.felda.net.my untuk keterangan lanjut

Sunday 26 August 2012


Wujud pertubuhan himpun generasi kedua Felda
WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Ogos 2012
JENDERAK - Generasi kedua Felda digalakkan menubuhkan persatuan atau kelab di kawasan masing-masing yang boleh menghimpunkan mereka, seterusnya mengeratkan silaturahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar berkata, dengan adanya pertubuhan itu, mereka boleh berbincang untuk melaksanakan pelbagai kegiatan.

Menurutnya, paling utama mereka boleh merancang kegiatan ekonomi seperti menubuhkan koperasi, di mana ia boleh menjana pendapatan tambahan kepada generasi kedua Felda.

“Dalam hal ini, kita perlu bijak dan kreatif merebut peluang yang da. Kita tidak boleh berpeluk tubuh melihat kejayaan orang lain. “Generasi kedua Felda adalah golongan terpelajar, di mana mereka mempunyai pelbagai ilmu yang boleh dikongsi bersama untuk memajukan kampung,” katanya pada majlis Jamuan Hari Raya Pertubuhan Kebajikan dan Perpaduan Generasi Felda Jenderak Utara (Wajaf).

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said; Pengasas dan Pengerusi Wajaf, Mohd Nazri Pilus dan setiausahanya, Muhammad Sabri Azmi. Mohamed berkata, beliau bangga melihat perkembangan generasi kedua di Felda Jenderak Utara kerana mampu menubuhkan satu pertubuhan yang boleh menghimpunkan anak-anak peneroka dan sama-sama menjayakan program.

Menurutnya, ia sepatutnya dijadikan contoh kepada generasi kedua di tanah rancangan lain kerana melalui cara itu mereka dapat mengenali antara satu sama lain.

Tuesday 7 August 2012

Durian runtuh anak peneroka Felda dibayar selepas raya?


Kuala Lumpur: Bayaran durian runtuh RM5,000 kepada generasi kedua FELDA dijangka selepas Aidilfitri, kata Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri yang menjaga FELDA, akan menentukan tarikh pengagihan bayaran itu.
Bukan masalah tiada duit

"Kita bayar, tidak ada masalah sebab duitnya ada. Tidak sempat Ramadan ini, mungkin juga selepas raya," katanya pada sidang media sebelum majlis meraikan anak yatim dan penerima sumbangan Ramadan daripada Syarikat Kumpulan FELDA di Anjung FELDA di sini, semalam.
Mengenai durian runtuh RM5,000 kepada isteri peneroka pula, Mohd Isa berkata, kira-kira 40 hingga 50 peratus bayaran itu sudah diagihkan sejak minggu pertama Ramadan.
Katanya, seluruh pembayaran fasa kedua kepada mereka yang berkelayakan itu diharap selesai sebelum Aidilfitri.
Sementara itu diminta mengulas kejatuhan harga saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) baru-baru ini, beliau berkata, ia sudah meningkat kepada RM5.07 semalam.
"Sebenarnya minggu lalu, memang kebanyakan saham menurun dan semua syarikat perladangan pun mengalami perkara sama. Namun kerana syarikat perladangan ini dimiliki oleh swasta dan individu, maka tidak ada orang beri perhatian...`political mileage' (keuntungan politik) tidak ada,” katanya.
Pada majlis itu, Mohd Isa menyampaikan sumbangan Ramadan bernilai lebih RM150,000 berupa wang tunai dan barangan kepada 800 penerima.
Mereka terdiri daripada anak yatim dari lapan pertubuhan/rumah anak yatim di Negeri Sembilan dan Melaka, fakir miskin, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit di pusat hemodialisis kendalian FELDA.
Sumber : Utusan Online

Pelajari rahsia kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari




Banyak yang diperkatakan mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.

Saturday 21 July 2012

Rural Business Challenge


Jika ada dari kalangan Belia yang mempunyai idea-idea perniagaan yang berpotensi untuk dimajukan, ayuh sertai Rural Business Challenge anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Geran perniagaan dari RM500 ribu hingga RM2 Juta di sediakan. 

Ayuh Belia mari kita buktikan..kita juga mampu!


Thursday 19 July 2012

Undian tapak pasar Ramadhan 2012

gambar: loncos studio

Majlis undian tapak Gerai pasar Ramadhan Jengka 13 telah diadakan pada 18 Julai yang lalu. Majlis dihadiri oleh kebanyakan peniaga makanan yang berniaga tahun sebelumnya. Tahun ini pihak JKKK telah menempatkan kesemua gerai-gerai peniaga di satu tapak yang baharu untuk menjamin keselamatan orang ramai. Pada tahun lepas semua peniaga dibenarkan membuka gerai masing-masing dibahu jalan. Namun sejak akhir-akhir ini jumlah kenderaan yang menggunakan jalan ini semakin ketara meningkat maka pihak JKKK terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan penduduk dan pengunjung pasar Ramadhan. 

gambar: loncos studio

Peralihan tapak gerai pasar Ramadhan ini disambut baik kebanyakkan peniaga. Kesemua tapak perniagaan telahpun disewa dengan kadar RM30 untuk satu lot. Namun ada berberapa peniaga yang merasakan pihak yang bertanggungjawab perlu melaksanakan penguatkuasaan . Mereka tidak mahu ada  peniaga yang tidak mendaftar sesuka hati membuka gerai di tepi bahu jalan. Jika perkara ini berlaku dan dibiarkan tanpa sebarang tindakan, maka ia tidak adil bagi peniaga yang berdaftar dan membayar sewa. Yang mrmbimbangkan nanti akan ada perkara-perkara yang kita tak sanggup dengar! 

En Saiden sedang menunggu giliran cabutan undian tapak
gambar : loncos studio

Selamat berniaga kepada semua peniaga Gerai Pasar Ramadhan Jengka 13. Harap tahun ini akan ada makanan pelik-pelik yang tak terdapat di pasar Ramadhan yang lain. 

Meniaga pe boh? hehe..
gambar : loncos studio







Tuesday 17 July 2012

Pak CIk Wahab unta kemalangan

Khabar nya Pak Cik Wahab Unta kemalangan dan berada di Hopital Jerantut. Berita ni disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno Roslee Mokhtar.

keratan akhbar Sinar Harian..


WARTAWAN SINAR HARIAN
19 Julai 2012
KUANTAN- Seorang pemandu lori sebuah syarikat jualan langsung terbunuh selepas lori yang dipandunya terbalik akibat pecah tayar sebelum dirempuh sebuah kereta di Kilometer 16, Jalan Jerantut - Temerloh dekat Jerantut pagi kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 11.45 pagi itu, pemandu lori jenis Isuzu, R Pathmeshnadu, 23  dari Jalan Desa Ria, Bandar Country Home, Rawang mengalami kecederaan parah di kepada dah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jerantut.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohd Rizal Abdullah berkata, pemandu kereta jenis Perodua kancil, Abdul Wahab Ibrahim, 70 bersama seorang penumpang, Salmah Ahmad, 69 turut mengalami kecederaan dan dihantar menerima rawatan di hospital sama.

Menurutnya, lori dipandu mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala ke Jerantut membawa muatan produk pakaian.

“Ketika sampai di lokasi nahas, tayar depan sebelah kiri lori terbabit pecah menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbalik dan menggelongsor beberapa meter memasuki laluan bertentangan.

“Manakala kereta yang dipandu Abdul Wahab dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh bahagian depan lori,” katanya ketika ditemui di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.

Mohd Rizal berkata, akibat pelanggaran itu, kereta Kancil yang terlibat terbabas masuk ke dalam longkang di sebelah kiri jalan.

“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jerantut untuk menerima rawatan bagaimanapun Pathmeshnadu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

“Manakala pemandu dan penumpang kereta mengalami kecederaan di pergelangan tangan serta rusuk,” katanya.

Beliau berkata, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan bagaimanapun tidak menolak kejadian ekoran kegagalan pemandu lori mengawal kenderaannya selepas  tayar pecah.


Monday 16 July 2012

Genko Vs Persatuan Belia

Dalam suasana hujan renyai-renyai tadi berlangsungnya mesyuarat diantara Pertubuhan Generasi Koporat (Genko13) dan Persatuan Belia Felda jengka 13 (PBFJ13). Sepatutnya majlis berlangsung jam 9.00 malam. Oleh kerana cuaca tidak begitu mengizinkan, maka sudah tentulah ada yang kelewatan. Mesyuarat ini perlu diadakan berdasarkan cerita-cerita yang tidak berapa sedap didengar kebelakangan ini. Lebih lama ditangguhkan, maka sudah tentu bertambah kusut untuk dirungkaikan.

Majlis dipengerusikan oleh En Arman selaku moderator majlis malam tadi dianggotai oleh panel terdiri dari  En Khairul Nizam selaku Pengerusi PBFJ13, En Ain Timbalan Pengerusi PBFJ13, En Napi mewakili AJK PBFJ13, En Roslee Mokhtar mewakili Pemuda Umno, En Rusli Nordin selaku Pengasas GENKO, En Sharipuddin Alias selaku Setiausaha GENKO, En Halimi dan En Irahman Mohd dari Pertubuhan GENKO. Manakala En Allauddin dan En Rahman  menjadi panel pemerhati. Majlis berlangsung dengan suasana sedikit tegang pada mulanya. Penulis faham kerana masing-masing membawa persoalan yang terbuku dalam hati dan perlu diluahkan dengan kadar segera. 

Pengerusi PBFJ13 meluahkan rasa kecewanya kerana tidak diundang pada Mesyuarat Penaja Penubuhan dan menjadi satu masalah kepada beliau untuk menjelaskan kepada pucuk pimpinan kerana beliau tidak dimaklumkan akan mesyuarat ini. Beliau juga mengajukan pertanyaan, apa matlamat sebenar GENKO. Pertanyaan beliau telah dijawab oleh S.U Genko iaitu GENKO mengakui kekhilafan semasa mengadakan mesyuarat tersebut dan mewakili GENKO memohon maaf kepada Pengerusi PBFJ13 dan katanya lagi jika beliau berada disituasi yang sama mungkin perasaannya juga sama. Namun kata S.U lagi  dimasa-masa akan datang jika ada pegeseran kecil hendaklah dibawa berbincang sesama ketua. Janganlah kita bercerita di kedai kopi kerana persoalan yang sebenar tidak terjawab malah timbul pula cerita-cerita yang menyimpang jauh. Katanya lagi mulai sekarang kita belajar berpolitik secara profesional. Hendaknya dimasa hadapan, mesyuarat sebegini adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi apa jua persoalan yang berkaitan PBFJ13 dan GENKO atau mana-mana persatuan yang lain.

Banyak lagi perkara-perkara yang diperbincangkan namun, biarlah itu menjadi tugas Ketua untuk menerangkan kepada ahli Pertubuhan dan Persatuan masing-masing. Untuk diceritakan disini mungkin mengambil masa yang lama kerana saya tahu kita ni jenis yang MALAS membaca jika ceritanya panjang sangat terutamanya diri saya sendiri. Rumusannya En Roslee selaku Ketua Pemuda UMNO dan En Khairul Nizam selaku Pengerusi Persatuan Belia Felda Jengka 13 sepakat mengambil pendekatan bahawa apa jua kebaikan yang akan dibawa oleh GENKO amat direstui dan di alu-alukan namun perlu lah saling bantu-membantu.! En Rusli Nordin selaku pengasas GENKO berharap jika ada cadangan untuk kemajuan khususnya untuk generasi kedua dan Jengka 13 dari mana-mana Persatuan sangatlah dialu-alukan dan senantiasa menerima apa jua pandangan demi kebaikan bersama.

Wasallam..




Gotong royong amal

Pada 14 Julai yang lepas telah berlangsungnya Majlis Gotong Royong Amal membersihkan kawasan perkuburan Jengka 13. Alhamdulillah, ramai juga anak muda yang terlibat dalam program ini terutamanya para Belia. Semoga usaha murni ini berterusan dari masa ke semasa.

kelihatan Pengerusi Belia, Timbalan Pengerusi Belia, Pengerusi GENKO dan Pengasas GENKO sama-sama berganding bahu menerajui Gotong Royong Amal.
Gambar : Sumber Bamboo Graphic Printing


Pengasas GENKO dengan mesin rumputnya..katanya dah 10 tahun tak pegang mesin rumput. 
Gambar : Sumber Bamboo Graphic Printing

Sunday 15 July 2012

Rumah belum siap pahat berbunyi juga

Petang tadi kami bersidang secara tidak sengaja kerana ada berberapa perkara yang kami perlu selesaikan sebelum mendaftarkan pertubuhan ini. Ada berberapa nama AJK dan ahli mesyuarat penaja yang belum menyerahkan no kad pengenalan mereka. Kebetulan muncul Abang Wat Backhoe ( Irahman Mohd ) lalu di hadapan kami. Kami memanggilnya sebentar untuk mendapakan no kad pengenalannya. Belum pun kami mengeluarkan patah perkataan, Abang Wat bertanya "Hah! sapa nak sabotaj?" Soalannya membuatkan kami ketawa.

"Sapa nak sabotaj Persatuan ni mari sini kawan nak basuh dia" Jerkah Abang Wat. Saya berkata pada Abang Wat. Tak dengar cerita pun ada orang nak sabotaj cuma ada berberapa cerita yang tak sedap didengar. Ada yang terasa hati kerana tak dijemput menghadiri mesyuarat malam itu. keterangan saya ini membuatkan Abang Wat sedikit tenang. Katanya masyarakat disini tidak berapa faham terhadap undang-undang penubuhan persatuan. Jangan kata anak-anak muda yang belum ada pengalaman dalam pertubuhan malah anak muda yang memegang jawatan dalam persatuan juga kurang mahir dalam undang-undang persatuan. Ini katanya menyebabkan timbul salah faham dan pelbagai cerita yang ditokok tambah ibarat Ajinomoto atau Perencah cukup rasa Maggie. Jadi masalah sedikit terhadap AJK untuk menerangkan hal yang sebenar. Memang benar kata orang perkara yang tak betul ni cepat benar tersebar, benda yang baik pula 3-4 orang je yang nak dengar. 

Memang benar kata Abang Wat, Jengka 13 sudah terlalu lama ketinggalan. Bak katanya, di Jengka lain sudah ada gelanggang Paint Ball dan Gelanggang Petanque tetapi kita baru nak ada gelanggang Futsal. Itu pun belum sempurna dengan tidak mempunyai lampu dan belum dibuat majlis penyerahan lagi. Katanya utamakan dulu kepentingan generasi kedua contohnya masalah penempatan generasi kedua yang cukup meruncing. Ini perkara yang sangat serius namun tidak ada sebarang usaha ke arah ini. Insya'allah GENKO13 akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini walaupun menempuh halangan...

wasallam..

Majlis Mesyuarat Penubuhan Penaja

Syukur Alhamdulillah, pada 13 Julai 2012 jam 9.00 malam telah berlangsungnya majlis mesyuarat penaja penubuhan GENKO13. Warga generasi kedua yang dijemput menghadiri majlis ini mencapai sasarannya. Ada berberapa jemputan yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Ahli telah sebulat suara bersetuju menubuhkan Pertubuhan ini yang dianggap baik untuk kemajuan masyarakat khususnya kepada warga generasi kedua dan ketiga.

Apa yang lebih membanggakan kami ialah kesudian tetamu-tetamu terhormat terdiri dari YB Dato Zukarmi Hj Abu Bakar Setiausaha Umno Bahagian Jerantut, Tuan Isma Yatim Bin Ahmat dari Jabatan Kemajuan Masyarakat ( Kemas ) Jerantut, En Zulkifli Mustafa selaku Pengurus Rancangan Jengka 13, En Hazizan Penolong Pengurus dan En Zainuddin Bin Jantan pengerusi JKKK merangkap ketua peneroka dan ketua kampung serta orang-orang lama belia.

Rata-ratanya memuji dan mengucapkan tahniah diatas penubuhan ini dan percaya ini adalah langkah yang kecil tetapi BESAR sekali maknanya. Namun ia haruslah beroperasi secara konsisten demi kemajuan generasi kedua. Halangan terlalu besar apabila kita membuat sesuatu yang berbeza namun tidak harus putus semangat meskipun Pertubuhan ini bakal diperhatikan oleh sesetengah pihak.

Namun belum selesai lagi proses Pendaftaran Pertubuhan ini, sudah ada kedengaran suara-suara dari Persatuan Belia yang tidak senang dan tidak berpuashati serta ada juga individu yang terasa hati gara-gara tidak diundang ke majlis mesyuarat penubuhan GENKO! bersambung




Tuesday 10 July 2012

Farid Kemalangan



Penulis baru pulang dari Hospital Temerloh menziarahi sahabat karib dari kecil iaitu Pareef Bin Pazin atau lebih dikenali warga setempat sebagai Parid (anak pak cik Padir Blok 5). Beliau dimasukkan ke Wad ICU 1 dan menurut kata pembantu perubatan disitu keadaannya masih kritikal. Beliau mengalami kecederaan dibahagian kepala, patah tangan kiri, patah tulang rusuk dan berberapa kecederaan yang masih dalam pemeriksaan.


Turut bersama saya petang tadi ialah Tok Penghulu Jengka 13, Ayahanda Zainuddin Bin Jantan, Saiden bersama ayah dan maknya dan berberapa sahabat dan saudara mara beliau. Menurut laporan orang ramai, mangsa menunggang motor menuruni bukit di hadapan rumah Haji Arsad dan bertembung dengan sebuah Hilux yang sedang mengundur. Mangsa dikejarkan ke Hospital Jengka sebelum dihantar ke Hospital HoSHAS Temerloh. Sehingga berita ini ditulis, mangsa masih belum sedarkan diri. Marilah kita berdoa kepada Allah S.W.T  moga-moga dia selamat.

Thursday 5 July 2012

Logo Genko J13

Hari ini telah diputuskan dan dipersetujui oleh AJK Penubuhan Persatuan bahawa Logo sementara bagi Pertubuhan Generasi Korporat Jengka 13 ( Genko13 ) ada seperti digambarkan diatas. Jelas sekali logo ini mendapat feedback yang memberangsangkan. Akan tetapi logo akan bertukar bentuk jika ada rekabentuk yang lebih menarik pada masa akan datang.


Reka bentuk : Lambang Pertubuhan ini berbentuk gading gajah berwarna merah dan hijau serta satu gading gajah berwarna oren, tertera no 13 berwarna biru air laut memanjang kebawah serta tertulis perkataan GENKO berwarna oren yakni singkatan kepada GENERASI KORPORAT.




Keterangan : Gading gajah berwarna merah membawa maksud keberanian untuk mengubah nasib generasi kedua. Gading berwarna hijau bermaksud Persatuan ini berpegang teguh dengan ajaran Islam. Gading berwarna oren pula bermaksud akan sentiasa menyokong Felda sebagai tempat bernaung dan tempat mencari rezeki. Gading-gading ini bermaksud simbol negeri Pahang Darul Makmur. Angka 13 berwarna biru laut melambangkan keinginan untuk terus mewujudkan kedamaian di Jengka 13. Perkataan GENKO berwarna oren bermaksud singkatan dari GENERASI KOPORAT iaitu nama Pertubuhan ini. Warna-warna tersebut mewakili Parti politik tanahair bermaksud tidak kira apa faham politik sekalipun,bersama-sama berganding bahu demi kemajuan kampung dan komuniti.

Wednesday 27 June 2012

Selamat Datang Ke Blog Generasi Emas Jengka13

Salam Warga Jengka 13.

Blog ini memaparkan berita-berita dan info terkini di Felda Jengka 13.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...