Tuesday 14 October 2014

SEWA BELI RUMAH GENERASI BARU

Felda sedang mencadangkan tawaran skim sewa beli kepada pembeli dikalangan generasi kedua Felda terutamanya yang menghadapi masalah dalam kelulusan pinjaman bank

Jika benar ianya satu berita yang baik kepada kita. Kerana rata-rata kita bukanlah dari Kalangan orang yang mempunyai slip gaji. Tapi harus diingat, Jengka 13 masih bergelut mencari tapak yang sesuai untuk diwartakan sebagai tapak perumahan generasi kedua

Wednesday 8 October 2014

Kehilangan yang dirasai

Kehilangan yang dirasai

Kami berasa sangat terkesan dengan pemergian Alahyarham Zuhairi Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Along lanchap. Kebanyakan program yg di rangka untuk tujuan memperkasa kan generasi baru Jengka 13 beliau turut terlibat tanpa mengira latar belakang politik. Ini lah contoh semangat anak muda  yang kami perlu bagi memperjuangkan hak hak generasi baru felda.
Namun apakan daya kita hanya mampu merancang. Sebaliknya Allah s.w.t lebih mengetahui. Damai lah disana wahai sahabatku. Semoga kamu berada dikalangan yang dikasihi oleh Allah s.w.t.  Innalillahiwainaillahirojiun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...