Sunday 12 January 2014

PEMILIHAN KETUA BELIA YANG BARU

Desas desus siapa yang bakal dicalonkan menjadi Ketua Belia Jengka 13 yang baru bertiup kencang. Hampir setiap pagi dan malam isu ini didengari. Kami sebagai Generasi kedua Felda menyokong siapa sahaja yang dilantik asalkan mempunyai visi dan misi untuk menaikan taraf ekonomi belia-belia Generasi kedua Felda. Kami akan bekerjasama dalam apajua program yang dianjurkan oleh pihak Persatuan Belia yang baru ini.

Diharapkan agar selepas ini setiap masalah Generasi Baru Felda dapat kita bincangkan bersama dan mencari jalan penyelesaian. Hidup Belia!

PROJEK PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR FASA DUA



Projek Perikanan Ikan Air Tawar Fasa kedua akan bermula sebaik sahaja Fasa pertama selesai. Kami menjangkakan untuk permualaan, sebanyak 25 buah kolam kanvas dibina pada setiap rumah ahli-ahli yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan. Kepada belia-belia yang bukan berdaftar dengan pertubuhan yang berminat untuk bersama dalam projek ini,kami amat mengalu-alukan.

Ikan keli adalah sejenis ikan air tawar yang banyak terdapat di Malaysia . Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, sungai kuala dan tasik. Sekarang ni ikan keli mula diternak di dalam kolam buatan dan dikomersial. Ikan keli menjadi hidangan yang diminati ramai kerana rasanya yang enak dan berkhasiat ikan keli terdiri dari pelbagai jenis spesies iaitu keli bunga, keli kayu, keli esotik dan keli memah.

Ikan keli boleh diternak dalam kolam besar, kanvas atau sekadar dalam kolah. Mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Ikan keli yang diternak di kawasan sawah padi dapat membantu mengawal makluk perosak dengan memakan ulat2, larva cacing dan serangga.

Hasil ikan keli oleh dikutip selepas 60-90 hari selepas di lepaskan dalam kolam. Purata berat sekitar 200gram sekilo dan dijual sekitar RM3 sekilo. Pada masa ini disebabkan permintaan semakin meningkat harga boleh mencecah antara RM4.50-RM5 sekilo di pasaran terbuka.

Industri ternakan ikan keli ini adalah adalah satu industri yang menguntungkan pada masa ini. Memandangkan permintaan tinggi, pulangan yang cepat dalam 3 bulan, tidak memerlukan ruang yang besar dan kos penyelengaaraan yang rendah dan lebih jimat jika diproses sendiri, menjadikan industri lebih menguntungkan jika diusahakan. Selain untuk masakan ikan keli boleh juga dip roses dagingnya seperti surimi,ikan salai dan sardin.


Untuk menjadikan ternakan keli ini sebagai komersial, pengusaha perlu sekurang2nya menternak 100 ribu ekor bagi satu spesies ikan keli. Kolam ternakan boleh di disediakan dalam bentuk kolam tanah, kolam simen dan juga kolam kanvas. Ikan keli di beri makan seperti pellet, daging atau lemak ayam, ikan baja atau roti. Ikan lebih gemar makanan berbentuk pepejal.
Sumber : Utusan Malaysia Jumaat 26 Oktober 2007

PROJEK PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR FASA SATU

 Projek Perikanan Ikan Air Tawar di atas tanah persendirian salah seorang ahli pertubuhan. Seramai 5 orang peserta mengusahakan Projek ini. Kos operasi untuk projek ini telah menelan belanja sebanyak RM14 ribu. Ini adalah projek terbaru diwujudkan di Jengka 13 yang dijayakan oleh Generasi kedua Felda sebagai satu sumber pendapatan. 

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada En. Yusof dari blok 16 atau lebih mesra di panggil Pak Su ayam kerana sudi membenarkan Projek ini dilaksanakan diatas tanah ladang milik beliau. Semoga dengan usaha dari Generasi kedua ini membuka mata banyak pihak untuk terus memberi sokongan kepada Generasi kedua Felda dalam mengatasi masalah kekurangan peluang pekerjaan. 








JORAN AMAL JENGKA-TEMBELING 2014

Program Joran Amal Tembeling (Taman Negara) akan diadakan pada Febuari 2014 dengan tujuan untuk merapatkan silaturahim antara belia-belia Generasi kedua Felda Jengka 13 dengan masyarakat Taman Negara. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan antaranya adalah gotong royong bersama penduduk Kg Gusai membersihankan Tanah perkuburan dan Sungai Tahan. Pada sebelah malamnya akan diadakan program makan malam bersama masyarakat disana. 

Seramai 80 belia-belia Generasi kedua Felda Jengka 13 dijangka akan turut serta dalam program selama 2 hari 1 malam. Dalam program itu juga akan diadakan pertandingan memancing. 3 katogeri akan dipertandingakan iaitu Ikan terbesar,katogeri ikan terkecil dan katogeri peserta terpantas menaikkan ikan akan menerima hadiah berupa hamper.

Kepada yang berminat untuk mengikuti program ini sila berjumpa AJK Pertubuhan.


KURSUS ASAS PENTERNAKAN AKUAKULTUR PERLOK


Seramai 5 orang ahli Pertubuhan telah dihantar untuk mengikuti kursus asas penternakan akuakultur yang diadakan di Pusat Perkembangan Akuakultur di Perlok,Jerantut. Selama 6 hari, peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik asas penternakan ikan air tawar. Bidang akuakulur mempunyai potensi untuk menjadikan salah satu cabang ekonomi untuk Generasi kedua Felda.
Proses pemilihan Induk

Induk jantan dan Induk betina yang dipilih untuk disenyawakan


Benih ikan Patin sedia untuk dipasarkan




MESYUARAT GERAKAN KENDURI

Semalam telah berlangsungnya Mesyuarat pertama penubuhan Gerakan Kenduri gabungan Blok 12,14,15 dan 16 terdiri daripada anak-anak muda Jengka 13. Mensyuarat bersejarah ini diadakan di Dewan Serbaguna Jengka 13 pada jam 9 malam. Kehadiran ahli-ahli amatlah memeranjatkan kerana sebelum ini tidak mendapat sambutan.

Penubuhan ini perlu memandangkan adanya keperluan untuk menyatukan anak-anak muda Jengka 13 yang semakin lama semakin hilang semangat bantu-membantu terutama bila ada kenduri kendara. Namun kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana kebanyakkan dari mereka mempunyai komitmen terhadap kerjaya masing-masing.

Semoga penubuhan Gerakan Kenduri ini menjadi pencetus kepada Blok-blok lain untuk turut bergabung membentuk kumpulan Blok masing-masing. Syabas diucapkan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...