Tuesday 16 July 2013

Peluang generasi baru Felda menceburi bidang ICT

Generasi baru FELDA dipelawa untuk menceburi dalam bidang perniagaan ICT. FELDA berhasrat untuk menjadikan setiap keluarga mempunyai satu akses Internet. XOX Berhad dengan kerjasama FELDA telah memperkenalkan Sim kad XOX Jalur Lebar Pantas. Dengan kadar internet yang murah RM18 sebulan untuk 500MB,short call (panggilan pendek) 5sen untuk 10 saat dan 15 sen seminit untuk semua talian. 
Untuk menjadi agen di kawasan anda sila hubungi Skin Net Services 01120622660 sekarang.

Wednesday 1 May 2013

Gotong royong membersihkan kubur

Rasulullah S.A.W bersabda : "Dahulu aku pernah melarang kalian berziarah kubur, kini berziarahlah, agar ziarah kubur itu mengingatkanmu untuk berbuat kebajikan." (Hadith Riwayat Ahmad) 

Terima kasih kepada semua yang terlibat telah menjayakan program gotong royong membersihkan persekitaran kawasan perkuburan Jengka 13 pada 17 Mac 2013. Gotong royong yang di anjurkan oleh Pertubuhan GENKO bertujuan memupuk rasa tanggungjawab dan menginsafi diri dikalangan ahli. Tidak kira apa fahaman dan ideologi, kubur adalah destinasi terakhir yang kita akan lalui sebelum ke alam akhirat. Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita membersihkan kawasan yang bakal kita diami nanti.

Menziarahi dan membersihkan kubur merupakan ibadah dan ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa. Menziarahi kubur juga menginsafkan tentang kematian, mengingatkan supaya membuat persediaan bila tiba saatnya. 



En Rusli Nordin sedang meracun rumput

En Hanafi Kamarudin menunjukkan cara-cara membetulkan kepuk pusara yang senget

Waktu berehat. Minuman disumbangkan oleh En Ridwan Ahmad.

Khidmat pengankutan disumbangkan oleh En Ali Hanafiah


Selamat pulang para pengundi di perantauan


kepada pengundi yang bakal pulang mengundi pada 5 Mei ini, kami ingin menasihatkan agar berhati-hati di Jalanraya. Jangan terburu -buru, ikutilah peraturan Jalanraya. Malang tidak mengenal mangsa mahupun parti mana yg anda sokong.

Sebelum membuat keputusan calon manakah yang hendak dipangkah, pastikan mendapat maklumat yang tepat demi masa depan dan kemajuan kampung Jengka 13. Risik-risiklah dengan Pengerusi dan AJK Pertubuhan Generasi kedua ini moga-moga boleh dijadikan panduan. Ingat, undi anda sangat penting untuk memastikan generasi kedua di Jengka terbela.

Monday 29 April 2013

Syarat memiliki rumah Generasi Baru FELDA


Generasi Kedua FELDA disarankan mendaftar sebagai ahli Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) sekiranya ingin memohon rumah Generasi Baru FELDA kata Pengerusi Majlis Belia FELDA Malaysia Wilayah Jengka, Saudara Nasarudin Bin Nasir ketika berucap di Jamuan Makan Malam anjuran MBFM Jengka 13 pada 27 April 2013. Majlis itu juga turut dihadiri oleh Pengurus Rancangan FELDA Jengka 13 dan Ketua Peneroka FELDA Jengka 13.

Majlis tersebut turut disertai dengan acara cabutan bertuah. Walaupun hujan agak lebat,akan tetapi tetamu tetap memenuhi ruang khemah terutamanya kanak-kanak dan remaja belia.

Gambar-gambar sekitar Majlis Makan Malam dan Mesyuarat AJK GENKO




















Isu tebang pokok belum selesai Part 2


Setelah sekian lama isu ini tergendala, akhirnya pihak Pertubuhan bersemuka dengan Pengurus FELDA iaitu En Zulkifli Bin Mustapha. Beliau telah bersetuju untuk mencari tapak-tapak baru yang sesuai untuk menggantikan tapak cadangan yang asal. Perkara ini akan di selesaikan selepas PRU 13 pada 5 Mei ini. Untuk makluman semua ahli GENKO, pentadbiran GENKO akan memastikan Projek tanaman ini berjalan seperti yang di cadangkan.

Tuesday 5 March 2013

Yang remeh temeh - Pak Pandir



Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku


Tarian piring bakal bergema di Jengka 13


Gambar sumber http://www.truthmalaysia.com

Dengan izin Allah S.W.T kami sempat singgah menyaksikan anak-anak Generasi ke3 FELDA giat  mempelajari tarian Tradisional Zapin dan Tarian Piring. Sudah lama kami tidak menyaksikan acara-acara kebudayaan seperti itu. Kami juga tabik hormat kepada guru-guru yang sanggup mencurah keringat dan kesabaran untuk menurunkan ilmu agar budaya dan seni Negeri Pahang tidak pupus ditelan arus kemodenan. 

Artikel terperinci dan gambar-gambar berkaitan tidak dapat kami siarkan kerana tidak mendapat kebenaran. Walau bagaimanapun, kami amat menyokong usaha murni mereka dan berharap ada pihak dapat menghulur bantuan seperti alat-alat bantuan mengajar dan kostum.

Tarian Piring

 Tarian piring dikatakan telah wujud beratus tahun dahulu di kawasan Kuala Tembeling. Di sana, tarian piring adalah yang asal yang diwarisi secara turun-temurun. Tarian ini sering ditarikan di majlis-majlis perkahwinan di kampung-kampung. Tarian piring terdapat juga di daerah-daerah lain  tetapi dikatakan  ada percampuran atau perubahan dalam pergerakannya. Cara menari dan pergerakan tari piring adalah berdasarkan tarian pelanduk daripada Bukit Betong, Lipis.  Namun begitu,

Monday 4 March 2013

KAMPUNG TANPA WIFI



Sejak entri berkaitan masalah KTW dipaparkan dalam blog GENKO berberapa bulan yang lalu, masih tidak ada sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Janji oleh pihak berwajib yang mengurus selia perkhidmatan ini kini hanya tinggal janji manis dibibir. Kemungkinan masyarakat di Jengka 13 ini terlalu baik sehingga tidak ada seorang pun yang tampil membuat aduan ataupun sememangnya masyarakat disini tidak memperdulikan lansung fungsi dan kepentingan Jalur Lebar ataupun ada kemungkinan sesetengahnya tidak tahu dimanakah saluran yang sepatutnya mereka ajukan masalah tersebut.

Tidak dinafikan, sejak kebelakangan ini, pembekal talian telefon berlumba-lumba mempromosikan perkhidmatan Jalur Lebar. Maxis, Celcom, TM, Digi serta XOX telah memperkenalkan pakej-pakej menarik untuk pelanggan mereka menikmati kemudahan internet. Terpulang kepada pengguna untuk menilai mana satukan yang terbaik. Namun jika kita renung sejenak dengan mata halus, KTW adalah suatu perkhidmatan yang diberi percuma oleh Kerajaan untuk kemudahan rakyat. Maksudnya disini, jika ada yang percuma, untuk apa kita mengeluarkan wang poket jika kemudahan sudah ada secara percuma didepan mata. Namun kegagalan pihak bertanggungjawab untuk memastikan kemudahan ini sampai kepada masyarakat amat dikesali. Ini merupakan satu kerugian kepada kerajaan yang telah mengeluarkan dana yang bukan sedikit tapi tidak mencapai hasrat menjadikan masyarakat celit IT.

Pegerusi Pertubuhan Generasi Korporat Jengka 13( GENKO) yang mewakili generasi kedua FELDA jengka 13, Saudara Arman Bin Kamaruzaman berkata, beliau amat kesal dengan sikap pihak yang menyelenggara perkhidmatan tersebut. Aduan sudah dibuat sekian lama, namun tidak ada tindakan berkesan dapat dilihat hingga ke hari ini. Beliau amat berharap agar pihak bertanggungjawab segera memperbaiki perkhidmatan tersebut bagi membolehkan ia digunakan semula untuk manfaat orang ramai.

TEMERLOH 11 Feb. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta membuat audit mengenai masalah kegagalan internet berfungsi dengan baik di kawasan yang diberikan kemudahan kampung tanpa wayar sebelum ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130212/wp_04/Kegagalan-internet-Kampung-tanpa-wayar-perlu-dipantau#ixzz2MbEIiKAk
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Thursday 10 January 2013

Jalur Lebar Pantas FELDA DAN XOX Berhad




Kerjasama Antara Felda dan XOX Berhad.
Plan prepaid terhangat. Jalur Lebar Pantas Felda. Starter Pack Sim RM25= RM18 internet+RM7 Airtime call 

Kadar panggilan 5 sen
Kadar Internet 60 sen sehari
Berita-berita terkini Felda secara SMS terus ke handphone anda
Member-Get-Member plan. Dapatkan masa berbual percuma dengan Plan MGM serta merta selepas memperkenalkan pengguna baru untuk Pra-bayar Jalur Lebar Pantas. Anda mendapat lagi 2% nilai top up setiap kali pelanggan baru yang anda perkenalkan itu membeli top up selama-lamanya selagi dia menggunakan XOX Jalur Lebar Pantas.

Hubungi 011-20622660 untuk tempahan dan keterangan lanjut.

Ice Blended J Town rezeki anak muda





Bagi En. Basiron dan En. Suhaime, menjalankan perniagaan makanan adalah kerjaya yang agak menguntungkan. Tidak memerlukan modal yang tinggi. Cukup sekadar semangat dan azam yang membara untuk berjaya seperti orang lain, membawa mereka menceburi bidang ini. Beroperasi dari Jam 10.00 pagi hingga Jam 6.00 petang, antara produk yang paling laris dijual adalah Ice Blended dan Kebab.

Mereka amat berterima kasih kepada GENKO kerana telah berusaha mencari peluang perniagaan untuk anak-anak generasi kedua Felda khususnya di Jengka 13. Seperti mana yang kita ketahui, tapak perniagaan di Bandar Tun Abdul Razak ini amat sukar diperolehi. Dengan bantuan KRT Bandar Tun Abdul Razak,Persatuan Usahawan Jengka dan GENKO peluang untuk anak-anak generasi kedua Felda berniaga dapat di realisasikan. Namun mereka haruslah juga berusaha mencari peluang dan tidak berharap dan menunggu peluang  tiba bergolek didepan mata.

Pengerusi GENKO, saudara Arman Bin Kamaruzaman berharap agar mereka berdua ini dijadikan contoh oleh anak-anak muda yang lain supaya menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan untuk menambah punca pendapatan. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...