Monday 29 October 2012

Kampung Tanpa Wayar (tanpa Internet)



Apa sebenarnya terjadi pada program Kampung tanpa wayar di jengka 13? Jika dilihat dari papan tanda KTW jelas sekali kita seperti tidak ketinggalan menerima faedah hasil dari transformasi cetusan YB Perdana Menteri.Namun sehingga kini ia seakan akan hanya sebuah replika kerana sentiasa rosak dan tidak dapat di akses penggunaannya. masalah ini telah diajukan kepada pegawai bertugas namun tiada sebarang maklum balas setakat ini.


Boleh la kita gelarkan Kampung Tanpa Wayar (tanpa akses internet)

Isu tebang pokok belum selesai


Setiap hari kami dihujani pertanyaan tentang status projek pertanian berkelompok di tapak tanah ber geran milik Felda. Rata-rata mempersoalkan mengapa projek itu seakan terbengkalai setelah berberapa batang pokok ditebang dan dibiarkan begitu sahaja.Tengahari tadi seorang yang berpengaruh dan mempunyai jawatan dalam JKKKR juga menemui kami dan bertanya hal yang sama.Kepada yang tidak mengetahui hal yang sebenarnya biarlah kami menerangkan hal yang sebenar agar tidak ada lagi persoalan dan salah sangka dari penduduk kampung dan juga generasi kedua yang lain.

Kertas kerja untuk mengusahakan tanah terbiar telah kami usulkan kepada Pengurus Felda Jengka 13 iaitu En. Zulkifli Bin Mustaffa dan telah mendapat maklum balas yang positif. Dengan kejayaan projek berkenaan nanti dapatlah kita melihat persekitaran yang dahulunya semak samun kini akan di hijaukan dengan pelabagai tanaman jangka pendek yang diusahakan oleh generasi kedua yang komited dan mempunyai semangat untuk menjadikan pertanian sebagai pendapatan sampingan. Hasil kejayaan dari projek ini juga dapat menaikan rating kampung ini dari tempat yang corot ke tempat yang lebih baik. Ya, kita kena akui Jengka 13 adalah tempat yang tercorot dari segi rating rancangan Felda kalau tidak dalam negara, sekurang-kurangnya tercorot di negeri Pahang ini. 

Setelah mendapat lampu hijau dari pengurus Felda Jengka 13, kami memulakan projek ini dengan menebang berberapa pokok yang mempunyai potensi untuk membantutkan tanaman yang bakal diusahakan nanti. Pokok-pokok yang telah ditebang sebenarnya tidak mempunyai nilai untuk disimpan lagi seperti rambutan dan mempelam yang selama ini tidak larat dimakan lagi. Tiada siapa peduli, hanya semak dan menjadi sarang nyamuk aedes dan ular sawa.

Pada tengahari itu berlaku kekecohan apabila tuan punya pokok memarahi kami mengapa kami tebang pokok-pokok tersebut tanpa memberitahu beliau. Kami terkejut kerana apa yang kami difahamkan oleh pengurus, semua tuan pokok telah diberi notis bahawa pihak felda akan mengambil balik tanah tersebut untuk dibangunkan dengan projek pertanian jangka pendek.Kekecohan ini membuatkan kami terpaksa menghentikan sementara kerja-kerja menerangkan tapak projek sehingga kini.

Kami telah berbincang dengan Pengurus Rancangan dan beliau sendiri mengakui ada berlaku salah faham dan kesilapan komunikasi antara pegawai beliau dan tuan punya pokok. Akibat dari kes yang berlaku, kerja-kerja pembersihan masih lagi tidak dapat dijalankan kerana kami masih menunggu jawapan bertulis dari Pengurus Rancangan iaitu En. Zul samada membenarkan atau tidak untuk kami meneruskan projek ini. Sehingga tarikh artikel ini ditulis, kami telah menunggu lebih dua minggu namun masih tidak mendapat jawapan bertulis dari pihak berkuasa.

Apa yang amat kami kesali, ada berberapa individu belia yang bertepuk tangan kerana kami gagal mendapat kebenaran untuk meneruskan projek berkenaan. Sepatutnya mereka yang juga dari kalangan generasi kedua felda sama-sama menyokong usaha yang murni ini demi masa depan dan nasib generasi kedua di jengka 13 ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...