Tuesday 11 December 2012

Generasi kedua perlu rumah sendiri




LANGKAWI 29 Sept. - Felda akan membina rumah pasang siap sebagai rumah mampu milik untuk generasi kedua kerana langkah itu lebih cepat dan murah. Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Samad berkata, rumah tersebut mempunyai beberapa model dan pihaknya akan memilih model yang sesuai berdasarkan keluasan tanah.
''Paling lewat kita boleh laksana Januari tahun depan dan kita juga mampu bina lebih 4,000 unit setahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ketiga Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di sini malam tadi.
Beliau berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 40,000 generasi kedua Felda yang telah berkeluarga dan tidak berminat keluar dari tanah rancangan serta masih menumpang di rumah ibu bapa.Beliau mengulas Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen semalam.
Menerusi belanjawan itu, Felda antara lain diberi tanggungjawab membina 20,000 unit rumah untuk generasi baharu dalam tempoh lima tahun dan diperuntuk RM60 juta bagi membaiki rumah tradisi di bawah program "Kasih Felda".Mengenai program "Kasih Felda", Mohd. Isa berkata, sebanyak 100 unit rumah telah siap diperbaiki dan lebih 600 lagi dalam proses untuk dilaksanakan.
Katanya, Felda membelanjakan lebih RM650 juta kepada peneroka menerusi pinjaman sehingga RM40,000 masing-masing, bagi membina atau membaiki rumah.Mohd. Isa juga yakin Felda berupaya melaksanakan tanggungjawab yang diberi kerajaan menerusi Bajet 2013.
Ya, itu petikan berita 3 bulan yang lalu. Pada mulanya saya rasa amat berbangga kerana keperihatinan YAB Perdana Menteri terhadap masalah generasi kedua Felda berkaitan isu penempatan. Setelah berberapa bulan dari tarikh pengumuman, saya terfikir secepat manakah kami dapat lihat kontraktor mula masuk ke Jengka 13 untuk meratakan kawasan yang telah atau akan di gazet kan untuk tapak perumahan generasi kedua di sini. Dengan tempoh yang diberikan iaitu dalam masa 5 tahun untuk siap sepenuhnya, saya fikir ianya terlalu lama untuk anak-anak generasi kedua Felda disini menunggu. 
Sejak berberapa bulan yang lalu, dirumah saya terdapat berberapa borang kononya bancian untuk perumahan generasi baru. Akan tetapi jika dilihat kepada borang bancian itu, tidak ada langsung mencatatkan untuk tujuan projek perumahan generasi kedua felda. Di manakah hilangnya borang-borang bancian yang lepas-lepas. Adakah dengan mengedarkan borang ini akan meredakan pertanyaan kami buat seketika. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...