Dalam suasana hujan renyai-renyai tadi berlangsungnya mesyuarat diantara Pertubuhan Generasi Koporat (Genko13) dan Persatuan Belia Felda jengka 13 (PBFJ13). Sepatutnya majlis berlangsung jam 9.00 malam. Oleh kerana cuaca tidak begitu mengizinkan, maka sudah tentulah ada yang kelewatan. Mesyuarat ini perlu diadakan berdasarkan cerita-cerita yang tidak berapa sedap didengar kebelakangan ini. Lebih lama ditangguhkan, maka sudah tentu bertambah kusut untuk dirungkaikan.
Majlis dipengerusikan oleh En Arman selaku moderator majlis malam tadi dianggotai oleh panel terdiri dari En Khairul Nizam selaku Pengerusi PBFJ13, En Ain Timbalan Pengerusi PBFJ13, En Napi mewakili AJK PBFJ13, En Roslee Mokhtar mewakili Pemuda Umno, En Rusli Nordin selaku Pengasas GENKO, En Sharipuddin Alias selaku Setiausaha GENKO, En Halimi dan En Irahman Mohd dari Pertubuhan GENKO. Manakala En Allauddin dan En Rahman menjadi panel pemerhati. Majlis berlangsung dengan suasana sedikit tegang pada mulanya. Penulis faham kerana masing-masing membawa persoalan yang terbuku dalam hati dan perlu diluahkan dengan kadar segera.
Pengerusi PBFJ13 meluahkan rasa kecewanya kerana tidak diundang pada Mesyuarat Penaja Penubuhan dan menjadi satu masalah kepada beliau untuk menjelaskan kepada pucuk pimpinan kerana beliau tidak dimaklumkan akan mesyuarat ini. Beliau juga mengajukan pertanyaan, apa matlamat sebenar GENKO. Pertanyaan beliau telah dijawab oleh S.U Genko iaitu GENKO mengakui kekhilafan semasa mengadakan mesyuarat tersebut dan mewakili GENKO memohon maaf kepada Pengerusi PBFJ13 dan katanya lagi jika beliau berada disituasi yang sama mungkin perasaannya juga sama. Namun kata S.U lagi dimasa-masa akan datang jika ada pegeseran kecil hendaklah dibawa berbincang sesama ketua. Janganlah kita bercerita di kedai kopi kerana persoalan yang sebenar tidak terjawab malah timbul pula cerita-cerita yang menyimpang jauh. Katanya lagi mulai sekarang kita belajar berpolitik secara profesional. Hendaknya dimasa hadapan, mesyuarat sebegini adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi apa jua persoalan yang berkaitan PBFJ13 dan GENKO atau mana-mana persatuan yang lain.
Banyak lagi perkara-perkara yang diperbincangkan namun, biarlah itu menjadi tugas Ketua untuk menerangkan kepada ahli Pertubuhan dan Persatuan masing-masing. Untuk diceritakan disini mungkin mengambil masa yang lama kerana saya tahu kita ni jenis yang MALAS membaca jika ceritanya panjang sangat terutamanya diri saya sendiri. Rumusannya En Roslee selaku Ketua Pemuda UMNO dan En Khairul Nizam selaku Pengerusi Persatuan Belia Felda Jengka 13 sepakat mengambil pendekatan bahawa apa jua kebaikan yang akan dibawa oleh GENKO amat direstui dan di alu-alukan namun perlu lah saling bantu-membantu.! En Rusli Nordin selaku pengasas GENKO berharap jika ada cadangan untuk kemajuan khususnya untuk generasi kedua dan Jengka 13 dari mana-mana Persatuan sangatlah dialu-alukan dan senantiasa menerima apa jua pandangan demi kebaikan bersama.
Wasallam..