Thursday 10 January 2013

Ice Blended J Town rezeki anak muda





Bagi En. Basiron dan En. Suhaime, menjalankan perniagaan makanan adalah kerjaya yang agak menguntungkan. Tidak memerlukan modal yang tinggi. Cukup sekadar semangat dan azam yang membara untuk berjaya seperti orang lain, membawa mereka menceburi bidang ini. Beroperasi dari Jam 10.00 pagi hingga Jam 6.00 petang, antara produk yang paling laris dijual adalah Ice Blended dan Kebab.

Mereka amat berterima kasih kepada GENKO kerana telah berusaha mencari peluang perniagaan untuk anak-anak generasi kedua Felda khususnya di Jengka 13. Seperti mana yang kita ketahui, tapak perniagaan di Bandar Tun Abdul Razak ini amat sukar diperolehi. Dengan bantuan KRT Bandar Tun Abdul Razak,Persatuan Usahawan Jengka dan GENKO peluang untuk anak-anak generasi kedua Felda berniaga dapat di realisasikan. Namun mereka haruslah juga berusaha mencari peluang dan tidak berharap dan menunggu peluang  tiba bergolek didepan mata.

Pengerusi GENKO, saudara Arman Bin Kamaruzaman berharap agar mereka berdua ini dijadikan contoh oleh anak-anak muda yang lain supaya menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan untuk menambah punca pendapatan. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...