Monday 4 March 2013

KAMPUNG TANPA WIFI



Sejak entri berkaitan masalah KTW dipaparkan dalam blog GENKO berberapa bulan yang lalu, masih tidak ada sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Janji oleh pihak berwajib yang mengurus selia perkhidmatan ini kini hanya tinggal janji manis dibibir. Kemungkinan masyarakat di Jengka 13 ini terlalu baik sehingga tidak ada seorang pun yang tampil membuat aduan ataupun sememangnya masyarakat disini tidak memperdulikan lansung fungsi dan kepentingan Jalur Lebar ataupun ada kemungkinan sesetengahnya tidak tahu dimanakah saluran yang sepatutnya mereka ajukan masalah tersebut.

Tidak dinafikan, sejak kebelakangan ini, pembekal talian telefon berlumba-lumba mempromosikan perkhidmatan Jalur Lebar. Maxis, Celcom, TM, Digi serta XOX telah memperkenalkan pakej-pakej menarik untuk pelanggan mereka menikmati kemudahan internet. Terpulang kepada pengguna untuk menilai mana satukan yang terbaik. Namun jika kita renung sejenak dengan mata halus, KTW adalah suatu perkhidmatan yang diberi percuma oleh Kerajaan untuk kemudahan rakyat. Maksudnya disini, jika ada yang percuma, untuk apa kita mengeluarkan wang poket jika kemudahan sudah ada secara percuma didepan mata. Namun kegagalan pihak bertanggungjawab untuk memastikan kemudahan ini sampai kepada masyarakat amat dikesali. Ini merupakan satu kerugian kepada kerajaan yang telah mengeluarkan dana yang bukan sedikit tapi tidak mencapai hasrat menjadikan masyarakat celit IT.

Pegerusi Pertubuhan Generasi Korporat Jengka 13( GENKO) yang mewakili generasi kedua FELDA jengka 13, Saudara Arman Bin Kamaruzaman berkata, beliau amat kesal dengan sikap pihak yang menyelenggara perkhidmatan tersebut. Aduan sudah dibuat sekian lama, namun tidak ada tindakan berkesan dapat dilihat hingga ke hari ini. Beliau amat berharap agar pihak bertanggungjawab segera memperbaiki perkhidmatan tersebut bagi membolehkan ia digunakan semula untuk manfaat orang ramai.

TEMERLOH 11 Feb. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta membuat audit mengenai masalah kegagalan internet berfungsi dengan baik di kawasan yang diberikan kemudahan kampung tanpa wayar sebelum ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130212/wp_04/Kegagalan-internet-Kampung-tanpa-wayar-perlu-dipantau#ixzz2MbEIiKAk
© Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...